Isnin, 23 Ogos 2010

anakku nak blaja mengaji..




Anakku sibuk minta diajarkan mengaji...sejuk hati ini bila dapat anak- anak yang sering buatkan hati ini sentiasa gembira bila berada disamping mereka...
tidak pernah sekali pun anak- anakku ini membuatkan hati ini marah..
pada mulanya aku buat tidak kisah saje bila mereka minta aku ajarkan mengaji..tapi bila permintaan ini diajukan berulang kali.. aku ikutkan saja...tak sangka pula, anak- anakku ini...terang hatinya..aku bangga memiliki mereka berdua..merekalah permata paling berharga pada diriku...

Selasa, 27 Oktober 2009

Amali Abseiling





Amali abseiling ini diadakan pada seminar terakhir bagi pelajar Epjj di Bangunan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Amali ini hanya khusus bagi pelajar Epjj yang tidak dapat menghadirkan diri melakukan abseiling pada sesi amali abseiling sebelum ini. Terima kasih pada En Hisyam kerana memberi kami peluang untuk melakukan amali abseiling ini.
Walaupun amali abseiling ini, tidaklah setinggi dan mencabar seperti yang telah dilakukan oleh rakan- rakan lain iaitu setinggi 11 tinggkat, namun aku tetap berpuas hati kerana dapat melakukan aktiviti ini. Bukan semua orang dapat merasai pengalaman seperti ini..
Ini bukanlah kali pertama aku melakukan aktiviti seperti ini, tetapi perasaan gayat itu tetap ada.
Bila tiba giliranku melakukan aktiviti ini, aku mula rasa berdebar- debar...
Setelah segala alat kelengkapan telah dipakai, aku mula melangkah ke tepi balkoni bangunan untuk melakukan aktiviti abseiling ini...
Masa inilah, aku rasa macam nak panjat naik semula ke balkoni bangunan...
Memang la nampak dari bawah macam tak la tinggi sangat tapi aku ni memang jenis takut tinggi..
Tapi aku cuba lawan perasaan itu kerana aku sememangnya ingin melakukan aktiviti ini. Rugilah kalau aku tidak melakukan aktiviti ini bersama rakan yang lain...
Akhirnya, aku nekad melakukan aktiviti ini..
Masa buat aktiviti ini, hanya satu je yang terdetik dihatiku..
Cepatla sampai ke bawah...
Gayatnyer...
Bila nak sampai bawah ni...
Akhirnya, aku sampai ke bawah juga...
Huh!!! Leganya...
Bila dah sampai bawah, rasa nak buat lagi aktiviti ini..
Sebab mungkin tadi aku gementar sangat kot...
Apapun, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, aku dan rakan yang lain selamat melakukan aktiviti ini..

Ujian Knotting

Pada 10 Oktober 09 yang lalu, En Hisyam telah memaklumkan pada kami, akan diadakan Amali Low Ropes Course bersama pelajar PLK-PDRM bertempat di padang belakang kolam renang Uitm Shah Alam. Seperti biasa aku bersama rakan-rakan Epjj yang lain telah menghadirkan diri pada hari itu. Sesampai sahaja kami di sana, kami telah diminta untuk mempraktikkan teknik-teknik ikatan tali yang pernah diajarkan sewaktu di kelas dan di Pulau Kapas. Kelam kabut juga aku dibuatnya, kerana aku tidak tahu yang kami semua akan menjalani ujian ikatan tali pada pagi itu. Aku ingatkan kami hanya akan melakukan aktiviti low rope course sahaja. Kami bekerjasama dalam menunjuk - ajar dan mempraktikkan ikatan yang telah diajar bersama- sama.
Setelah itu, kami nama kami dipanggil mengikut kumpulan. Berdebar- debar rasanya bila kami diminta membuat ikatan tali dihadapan rakan- rakan PLK- PDRM yang lain.
Kini, tibalah masanya...
Kami telah diminta untuk membuat beberapa jenis ikatan tali dalam masa yang telah ditetapkan. Selesai membuat ikatan tali, kami perlu mencampakkan tali itu ke bawah untuk diperiksa oleh pemeriksa dan diberi markah.
Keadaan menjadi kelam kabut pada ketika itu, kerana masing-masing mengejar masa yang diberikan agar tidak terlambat. Ada juga dikalangan kami yang tidak sempat langsung membuat ikatan dan masih terkial-kial mencari teknik yang betul.
Alhamdulillah, aku mampu membuat ikatan tali seperti yang disuruh walaupun ada juga jenis ikatan tali yang masih aku tidak dapat lakukan kerana lupa bagaimana teknik ikatan tali itu dibuat.
Selepas ujian ikatan tali selesai, kami semua diarahkan pergi ke padang bukit yang berdekatan dengan kolam renang untuk mengikuti amali Low Ropes Course.

Ujian Bertulis



Pada 4 Oktober 2009 yang lalu, kami telah diberitahu oleh En Hisyam, yang ujian bertulis akan diadakan untuk persediaan menjawab soalan- soalan pada peperiksaan akhir nanti..
Hari itu merupakan seminar terakhir kami...
Kelas bermula agak lewat iaitu pada jam 10.30 pagi..
Hari itu, En Hisyam telah menerangkan pada kami serba sedikit tentang aktiviti abseiling dan peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti abseiling ini.
Antara alatan yang perlu digunakan untuk aktiviti ini, ialah;
1. Kernmantle ropes
2. Harness
3. Carabiner
4. Quickdraw
5. Figure 8
6. Helmet
7. Slings
8. Ascenders
9. Rope Bag
10. Chalk Bag
Sesekali en Hisyam menunjukkan kami gambar- gambar pelajar yang telah melakukan abseiling di menara Uitm setinggi 11 tingkat..
Terdetik dihati, ruginya aku kerana tidak dapat bersama rakan- rakan lain dalam melakukan aktiviti ini..
Selepas itu, kami diberikan masa untuk menjawab soalan ujian yang diberikan dengan tenang walhal kami masih belum bersedia dengan ilmu didada..
Walau bagaimanapun kami mampu menjawab soalan tersebut dengan tenang.
Selepas ujian bertulis itu selesai, kami akan melakukan aktiviti abseiling...
Tak sabar rasanya untuk melakukan aktiviti ini..

Amali Flying Fox

Pada 24/10/2009 yang lalu, satu amali flying fox telah diadakan di padang belakang kolam renang Uitm Shah Alam. Bila diberitahu akan adanya amali flying fox ini, aku amat teruja sekali. Walhal pada tarikh itu, aku terpaksa balik ke kampung suamiku kerana ada kenduri doa selamat.Tapi oleh kerana semangat yang berkobar- kobar, aku minta kebenaran daripada suamiku untuk balik ke kampung selepas amali flying fox ini dilakukan.
Pagi itu, aku datang agak lewat sedikit kerana terpaksa menyiapkan anak- anak dan mengemas barang- barang untuk balik ke kampung. Suamiku menghantar aku ke sana dan kemudiannya dia bersama anak- anakku pergi bersarapan. Sesampainya aku di sana, aku melihat rakan- rakan lelaki, sibuk bekerjasama mengikat tali setegang- tegagnya pada pokok untuk persediaan aktiviti flying fox ini. Setelah agak lama menunggu, kerja- kerja megikat tali pada pokok selesai.
Selepas itu, salah seorang pelajar perempuan sepenuh masa menunjukkan demo untuk flying fox itu. Wow..lajunya pergerakkan pelajar itu dan sedikit berpusing apabila terkena tali brek. Setelah itu, seorang demi seorang melakukan flying fox ini. Makin lama aku melihat aksi rakan- rakan yang lain melakukan aktiviti ini, semakin berdegup kencang jantungku...
Tiba- tiba suamiku menelefon, aku mengajaknya dan anak- anak untuk melihat aksiku melakukan aktiviti flying fox ini. Setelah mereka sampai, aku menunggu giliran untuk mengambil alat kelengkapan untuk aktiviti flying fox itu. Setelah itu, aku pun naik ke atas bukit, dimana aktiviti flying fox ini dilakukan.
Kini tibalah giliranku melakukan aktiviti ini...
Bila segala alat kelengkapan untuk flying fox ini telah terpasang, hatiku mula berdegup kencang.
Mak oii...
Tinggi jugak...Ingatkan tidak la tinggi sangat. Rasa ingin saja aku turun semula ke bawah kerana terlalu gayat. Perassan gayat ini memeng tak pernah hilang, walhal aktiviti ini pernah aku lakukan sebelum ini... Cuma tempatnya saja berbeza.
Tapi aku nekad ALANG- ALANG AKU DAH DATANG, BAIK AKU LAKUKAN AKTIVITI INI DARI MENYERAH KALAH TANPA MENCUBA...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim...
Aku meluncur laju...
Tetiba kakiku terkena tunggul kayu. Aku terlupa nak angkat kaki, sebab terlalu takut dan gayat...
Sepantas kilat aku meluncur laju, dan taliku sedikit berpusing apabila terkena tali brek. Dan akhirnya aku selesai melakukan aktiviti ini.
Aduh, sakitnya kakiku...Baru terasa sakit bila aku selesai ke melakukan aktiviti ini...
Masa tu, terdetik dihati "Habis la, patah la kakiku"..
Aku cuba berjalan, nasib la masih boleh berjalan. Kini hatiku rasa lega sedikit, bila aku mampu berjalan.
Sesampai saja di bawah, anakku bertanyakan padaku, kenapa mummy tak angkat kaki tadi???
Aku tersenyum, pandai la pulak anakku tanyakan soalan ini padaku..
Selepas itu, aku meminta kebenaran pada En. Hisyam untuk terus balik ke kampung.
Sempat juga En. Hisyam bertanyakan keadaan kakiku... Sememangnya En Hisyam seorang pensyarah yang prihatin tentang keselamatan pelajar- pelajarnya. Aku menjawab, saya rasa sakit sikit je..Tak de apa yang perlu dirisaukan...
Tapi betul la cakap En. Hisyam nanti malam kaki tu baru rasa sakit..
Bila malam menjelma kakiku mula bengkak dan kemerahan...
Makin aku berjalan makin sakit. Terpaksalah aku berehat di dalam bilik. Nasib la mak aku pun datang kenduri itu. Dia la yang mengurutkan kakiku..
Kini kakiku makin pulih...
Aku boleh berjalan seperti biasa cuma sesekali masih terasa sakit..
Tapi alhamdullillah, aku masih selamat...
Dan kenangan ini sememangnya tidak akan aku lupakan sampai bila- bila...

Sabtu, 10 Oktober 2009

kursus kecergasan untuk persediaan sukan jabatan





Pada 9-11 november yang lalu, saya telah mengikuti kursus kecergasan fizikal bagi pemilihan pemain untuk pesta sukan kementerian kewangan. Jabatan saya merupakan tuan rumah bagi pesta sukan pada kali ini. Sebelum pemilihan para pemain dibuat kami perlu menjalani beberapa ujian kecergasan untuk menilai tahap kesihatan, kekuatan, kepekaan dan kepantasan seseorang pemain. Ujian kecergasan ini bertujuan untuk memilih pemain yang betul- beul sihat dan boleh bermain. Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam. Di dalam kursus ini para peserta diwajibkan menghadiri kelas toeri berkenaan dengan pediodasi, diet yang seimbang, penyalahgunaan ubat- ubatan dan bebagai lagi yang berkaitan dengan sukan. Secara keseluruhan, saya banyak didedahkan denagn perkara baru berkaitan sukan dan disamping itu, kursus ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan yang ada dalam diri saya kerana saya belajar dalam jurusan sukan.

Khamis, 8 Oktober 2009

gymnastic





Gambar ini diambil selepas kami belajar teknik- teknik melakukan gymnastic.....
Pada ahad lalu bersamaan dengan 4/10/09, kami pelajar epjj telah diminta oleh En Azhan untuk berkumpul di gymnasium untuk sesi amali gymnastic.....
Tapi disebabkan gymnasium itu tidak dibuka, kami terpaksa mengadakan sesi amali itu di stadium Uitm. Kami belajar teknik- teknik gerakan asas gymnastic yang ditunjukkan oleh seorang ahli gymnastic Uitm...
Seronok juga dapat belajar gymnastic ni.... Mana tidaknya, teknik- teknik yang dipelajari ini pernah aku lakukan semasa aku di alam kanak- kanak dulu...Cuma bezanya teknik yang aku lakukan dulu,aku tiru dalam cerita- cerita aksi dalam television dan teknik yang aku lakukan adalah teknik yang salah...Tapi kini aku belajar teknik yang betul bagaimana melakukan gymnastic ini...
Seronok juga belajar dalam jurusan sukan ini, bermacam jenis sukan boleh dipelajari...

Rabu, 7 Oktober 2009

raya sakan







Memang raya sakan la tahun ni... Ini semua atas rancangan bersama kengkawanku yang berada di sekitar lembah kelang...Tapi tak sangka la pulak kengkawan yang berada kat area seremban pun nak join jugak...
Macam buat buat reunion la plak...
Seronok sangat sebab dapat jumpa kengkawan masa sekolah dulu...
Mana tak seronok dah hampir 10 tahun baru dapat berkumpul semula...
Best jugak sesekali dapat berkumpul begini...Teringat kembali masa zaman sekolah- sekolah dulu...
Walaupun penat tapi seronok...

Sabtu, 12 September 2009

Majlis berbuka puasa





Pada 5 September 2009 yang lepas, pejabat aku mengadakan jamuan berbuka puasa di pejabat. Jamuan berbuka puasa kali ini diadakan di dalam pejabat bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staff dan ahli keluarga staff yang lain. Tapi majlis kali ini berbeza dengan majlis yang diadakan sebelum ini dimana kami bersama- sama makan bersila di atas lantai yang berlapikkan tikar. Di sini semua staff dan keluarga, tidak mengira pangkat dan darjat perlu duduk bersila beramai- ramai. Tapi yang paling best pengarah kami dan keluarganya pun join duduk bersila bersama. Memang sporting habis...
Makanan yang disedikan juga memang menyelerakan...masakan ala- ala kampung ditambah pula dengan sambal belacan, kerabu mangga dan ulam- ulaman. Memang membuka selera...
Selepas itu kami mengadakan solat terawikh bersama- sama..

Isnin, 31 Ogos 2009

water confidence





Selepas selesai melakukan aktiviti jungle trekking@ navigation @ orienteering, kami diminta berkumpul mengikut kumpulan untuk melakukan aktiviti water confidence..
Water confidence!!!
Takutnyer...
Kami dibawa ke tengah laut dan disuruh untuk terjun ke laut seorang demi seorang dengan memakai PFD...
Mak oii...
Takutnyer... Dah la aku ni tak pandai berenang...
Ini kan pula, disuruh berenang dari tengah laut menuju semula ke Camp site...
Kami ditinggalkan agak jauh antara satu sama lain dan kami perlu mencari ahli kumpulan kami untuk sama- sama berenang ke camp site...
Camner ni...
Aku risau sangat, kalau- kalau aku berenang tapi masih tak juga sampai ke camp site...
Mula- mula kawanku Ros disuruh terjun ke laut..
Kini giliran aku pula kena terjun ke laut...
Walaupun takut, aku terjun juga ke laut...
Ala takut...Tak pandai berenang...
Hanya itu yang terkeluar dari mulutku..
Selepas itu rino dan en harun pula terjun ke laut...
Aku tercungap- cungap la jugak...
Sesekali aku tertelan juga air laut yang masin itu..
Nasib baik la kawan- kawan dalam kumpulanku sering memberikan kata- kata semangat dan tunjuk ajar padaku untuk terus berenang bersama- sama mereka...
Dengan kata- kata semangat itulah akhirnya aku mampu berenang bersama kawan- kawan dalam kumpulanku untuk sampai semula ke camp site..
Terima kasih kawan- kawanku sekelian...
Inilah kenangan pertamaku ditinggalkan di tengah laut...
Bila dikenang kembali rasa lucu dan seronok pula...
Yang penting enjoy...

Navigation@ Orienteering@Jungle Trekking





Bila tahu je semester ini aku ambil subjek outdoor rekreation, aku dah buat persiapan awal pergi gym untuk tambahkan stamina, ye la takut pancit.. Nanti kena potong markah.. Sebab sebelum ini aku pernah tanya senior, best ke final camp yang diorang pergi sebelum ini? Diaorang kata teruk kena lanyak tapi best...Takutnye bila aku dengar macam tu...
Sewaktu di awal kuliah pertama,kami diberitahu oleh En Hisyam yang kami akan bersama dengan pelajar Degree sepenuh masa dan pelajar PDRM-PLK ke Pulau Kapas. Ini membuatkan aku lebih gerun... Masa itu, aku bayangkan yang diorang mesti dah biasa dengan aktiviti lasak. Maklumlah aku ni dah lama tak buat aktiviti lasak sejak berumahtangga dan ada anak. Ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk pergi ke gym kerana tidak mahu ketinggalan dalam melakukan aktiviti lasak yang jarang sekali aku buat...
Kini tibalah masanya untuk aktiviti jungle trekking@navigation@orienteering...
Selepas saja bersarapan, kami semua berkumpul di Khemah Pusat untuk taklimat jungle Trekking@Navigation@Orieentering oleh En Hisyam. Kami diajar cara menggunakan peta dan kompas dengan betul. Selepas itu kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Dimana kumpulan aku digabungkan dengan kumpulan 5. Aku bersama ahli kumpulan 6 yang terdiri daripada aku sendiri, Rosmawati, Rino dan En. Haron. Dan ahli kumpulan 5 yang terdiri daripada Azlina@joe, Redzuan,kak Zallina Rasol dan Liza. Kami diiringi oleh seorang fasilitator muda iaitu En Raziff@boy. Pada mulanya, kak Ina menyuruh Liza berehat di khemah kerana dia ada penyakit darah tinggi. Tapi Liza tetap berkeras mahu mengikut kami untuk aktiviti ini..
Sebelum memulakan aktiviti ini, kumpulan kami melakukan sedikit senaman ringan bagi mengelakkan kekejangan sewaktu berada di dalam hutan nanti.
Kami diberikan peta Pulau Kapas dan kompas serta dibekalkan dengan nasi goreng, roti dan air mineral untuk mengalas perut...Mana la tahu, takut lama sangat kami berada dalam hutan sebab banyak check point yang perlu kami cari...
Kami bertolak dari starting point pada jam 9.45 pagi. Check point kami yang pertama ialah ke Pulau Dedap. Check point pertama kami telah kami temui. Check point ke 2 ialah dari Pulau Dedap kami ke Pasir Panjang. Setelah check point ke 2 ditemui,kami menuju ke check ke 3 iaitu menuju ke Puncak 105. Masa itulah, segalanya bermula... Berbagai halangan yang kami perlu tempuhi. Kumpulan kami, terpaksa membuka trek sendiri untuk ke Puncak 105. Makin lama makin tinggi kami laluan kami. Sesekali aku pandang ke bawah...Gayatnya...Rasa macam nak turun balik...Mana tidaknya, kami terpaksa memanjat bukit yang tinggi dan curam serta perlu meredah hutan yang tebal. Nasib la kumpulan kami terdiri daripada Rino yang memang sudah biasa dengan keadaan hutan yang merupakan orang kuat kumpulan kami,Azlina@joe daripada unit UTK yang memang lasak orangnya serta Redzuan yang turut sama menjadi orang barisan hadapan yang bertidak menebas semak- samun untuk membuka trek... Sedang kami memanjat bukit yang tinggi lagi curam, tetiba Ros terpegang batang pokok yang sudah reput,dan menyebabkan batang pokok itu mengenai tangan aku... Nasib baik aku sempat menepis..Kalau tidak, dengan aku sekali tergolek ke bawah...Nasib la masa kat sekolah dulu aku pernah masuk silat... Bab tepis- tepis ini memang sudah biasa...
Tapi yang bagusye kumpulan aku ini, masing- masing bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dan yang paling penting tak tinggal kawan...Melihatkan aku membawa beg galas yang berat diisi bekalan kami, Redzuan menawarkan diri untuk membawa beg aku yang berat tadi... Ingatkan tak ada orang yang perasan beg aku berat... Alhamdulillah, ada yang prihatin...
Dalam hati aku tersenyum sendiri...tak sangka aku boleh panjat bukit yang tinggi dan melalui kawasan yang curam serta licin, yang sebelum ini aku sangkakan aku tak mampu dan takut untuk lakukan.... Huh! Kira berbaloilah la aku pergi gym sebelum ini, sebab stamina aku dah ada... Kalau tak,mahu semput jugak aku dibuatnya...
Akhirnya, sampai juga ke Puncak 105.
Setelah itu kami berehat seketika untuk mengalas perut...
Selepas itu, kami bertolak ke Teluk Berakit...Dalam perjalanan ke Teluk berakit, tetiba kasut En Haron tercabut tapak. Kesian dia... Perjalanan masih jauh..Nasib la dia gunakan tali kasut untuk ikat tapak kasutnya. Boleh la dia meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Sepanjang perjalanan, berbagai benda yang kami temui antaranya ulat gonggok yang besar,ular yang asyik memerhatikan kami. Nasib la Rino berani menghalau ular itu jauh sikit dari tempat laluan kami. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan itu, kami terjumpa pula dengan pokok cempedak yang mempunyai buah yang sudah masak. Wangi sungguh bau buah cempedak yang sudah masak itu. Pada mulanya Rino hendak ambil buah itu,untuk dimakan beramai- ramai tetapi ditegah oleh En Haron. Selain itu, kami juga terjumpa sebatang pokok kelapa, sebatang pokok manggis dan sebatang pokok sentul. Rasa macam berada dalam dusun, macam- macam buah ada.Tapi takut la nak ambil dan makan...
Akhirnya kami sampai ke Teluk Berakit. Cantiknye pemandangan di situ. Sedang kami berehat,tiba- tiba kami ternampak pokok yang buahnya seakan tanglong cina. Pelik tapi benar... ini lah kali pertama aku melihat pokok ini. Agaknya, oran cina mengambil ilham membuat tanglong daripada buah pokok ini. Setelah 15 minit berehat, kami meneruskan perjalanan ke check point seterusnya iaitu ke jeti.
Dalam perjalanan ke jeti, tetiba kak ina terjatuh.. Bedebuk..Kesian dia...Walaupun dah terjatuh dan kaki melecet tapi masih bersemangat meneruskan perjalanan.
Akhirnya, kami sampai ke jeti. Selepas itu, kami semua pulang semula ke camp site. Kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir samapai ke camp site, tetapi kumpulan kami adalah kumpulan yang berjaya menjumpai hampir ke semua check point yang perlu dicari kecuali rumah api. Ini kerana kami perlu menjimatkan masa disebabkan kami ada aktiviti water confidence pada sesi petang nanti...
Alhamdulillah... Berkat doa kami semua...akhirnya kami selamat sampai ke camp site, walaupun ada yang tercedera sedikit..

Jumaat, 28 Ogos 2009

Berkayak Di Tasik Shah Alam


Pada 8 Ogos 09 ,hari Sabtu yang. Kami pelajar E-pjj telah dimaklumkan oleh En. Hisyam bahawa kami akan bersama dengan pelajar PDRM- PLK dalam latihan amali kayak. Bila dengar ada amali kayak....teringat kembali masa aku kursus di Kem Bina Semangat,Ampang Pecah,Kuala Kubu Baru,Hulu Selangor.Kursus itu adalah wajib untuk pengesahan jawatan.Itu pun 8 tahun yang lalu. Masa tu kali pertama aku berkayak. Tak sangka pula dapat peluang berkayak lagi. Best betul...
Masa aku berkayak dulu, aku selamat dari kena capsize..
Tapi kali ni semua orang kena buat capsize..
Bila tengok orang lain kena capsize macam senag je buat...
Tapi bila sendiri kena buat capsize baru la aku tahu susahnye nak naik balik ke dalam kayak...
Ha... Sekarang tiba la giliran aku dan kawanku Ina...
Masa buat capsize tu aku terlajak jauh dari kayak...
Rasa macam nak menangis pun ada bila aku terlajak jauh dari kayak...
Dah la aku ni tak pandai berenang... Sebab aku tak masuk lagi kelas "swimming" lagi.. Hanya budak lelaki je yang dah masuk kelas "swimming"..
Aku makin panik..
Camne nak pegi ke kayak aku ni...Jauh sangat...Nak berenang tak pandai...
Bukan setakat tertelan air tasik, rasanya macam dah terminum banyak air tasik masa hari tu... Nasib la perut aku tak kembung sebab banyak sangat air tasik aku tertelan... Paling sakit bila air tasik masuk dalam telinga aku... lagi la aku panik...
Nasib la ada 2 orang pelajar PDRM-PLK yang nak membantu...
Itu pun ditegah oleh Instructor yang mengatakan kami baru hendak belajar, jadi biarlah kami cuba naik sendiri dulu tanpa bantuan. Tetapi apabila melihat kami agak kelam kabut ketika itu, dengan kayak yang sudah penuh dengan air kerana lambat angkat. Ini membuatkan instractor tadi akhirnya datang membantu kami membuang air yang ada dalam kayak kami. Akhirnya berjaya juga naik ke atas kayak. Terima kasih kepada mereka yang datang membantu. Setelah semuanya melakukan capsize kami diminta sekali lagi membuat rafting untuk sesi perpindahan pasangan dari satu kayak kepada kayak yang lain.
Aduh!! Aku antara orang yang kena pindah kayak. Dah la rasa kecut perut tadi tak hilang lagi.. Kena tukar kayak pulak..Aku takut sangat time tu..Takut jatuh dalam tasik lagi... Camne nak naik nanti..
Tapi.. Alhamdulillah semuanya selamat. Lega rasanya...
Tapi bila aku teringat kembali kisah ini, rasa nak tergelak pun ada...
Ha..ha...

Tapi pengalaman ni la paling berharga untuk aku... Kalau saje- saje aku nak buat capsize ni tak de la...

Selasa, 25 Ogos 2009

malam BBQ

Malam ni adalah malam terakhir kami di Pulau Kapas. Kami pelajar E-pjj dan PLK PDRM ditugaskan menyediakan makanan untuk malam BBQ. Masing- masing bekerjasama menyiapkan menu malam tu. Malam tu, pada mulanya aku tolong kupaskan buah limau,ina lembut,en. khairi dan beberapa orang rakan dari PLK. Punya la banyak limau yang nak dikupas..hampir 2 kotak limau la jugak...sampai kuku aku patah dan berdarah...Aduh sakit tu...Disebabkan kuku aku patah dah berdarah, aku pun beralih ke tempat membakar... Sebab kalau nak teruskan kupas limau ni, lagi pedih la kukuku ...Jadi aku pun membantu rakan lain membakar sotong...Alahai...Besar2x la plak sotong yang nak dibakar...Mesti lambat masak...Sebab lepas makan malam ni kami ada lagi program malam kebudayaan pulak... Nasib la ina lembut dan kengkawan lain bersama memotong sotong tadi supaya lebih kecil dan mudah dibakar...Kalau tak jenuh jugak nak tunggu sotong tu masak...Terima kasih buat ina lembut, azlina@joe dan kengkawan...
Ina lembut tu tengok je lembut tapi boleh tahan lasak la jugak dia tu... Sekejap je aku tengok dia potong sotong tu..Dah siap..
Kinitiba la masa aku dan kengkawan yang lain untuk membakar sotong...Sebab ikan dah dibakar oleh azlina@joe serta budak lelaki EPJJ dan PLK. Azlina@joe ni memang brutal tapi baik..
Huh..Berpeluh aku dan kengkawan lain dibuatnye...Berair- air mata aku dan pedih dibuatnye...Kena asap la katakan...Tapi demi kengkawan kena asap pun tak kisah la...Asal semuanya siap seperti dirancang...
Akhirnya...Semua siap dengan jayanya...Lepas tu apa lagi kami pun makan la beramai- ramai...Memang sedap la...Lagi sedap dari biasa...

Ahad, 23 Ogos 2009

Perkhemahan Di Pulau Kapas



Inilah pertama kalinya aku sampai ke Pulau Kapas...
Kami ke Pulau Kapas dengan menaiki bot PDRM...
Sampai je di sana kami semua dikehendaki beratur ditengah panas terik mentari...
Dan kami telah diberikan tugasan yang perlu dibuat..
Ada yang pasang khemah, ada yang kemas barang dan masak didapur,ada yang cuci tandas dan lain- lain lagi...
Semua orang ada tugas masing- masing...
Sebab kami perlu pastikan semuanya siap sebelum petang..
Selagi tak siap tak boleh makan tengahari..
Walaupun perut lapar...tahan je la...
Yang paling gerun bila dengar bunyi wisel..
Mana taknye kami dikehendaki beratur dan facilitator akan periksa setiap kerja yang kami buat..
Selagi dia tak puas hati selagi tu la kita kena perbaiki kerja yang dibuat...
Masa ni aku teringat zaman aku sekolah menengah dulu...time duduk asrama...macam minggu orientasi la plak...Tapi sebab aku dah biasa...Layan je la...
Lepas facilitator berpuas hati baru la kami diberikan makan tengahari...Tu pun dalam pukul 3 lebih la kalau tak silap aku...
Yang aku paling terkejut plak... kami semua dikehendaki makan dalam talam bersama-sama. Satu hidangan untuk 7 orang makan. Huh...
Aku siap bawak pinggan, cawan, sudu dan garfu sendiri dari rumah..Tapi kena makan dalam talam jugak...
Dan kami perlu menyuapkan nasi ke mulut kawan yang paling kanan...Buat je la apa yang facilitator suruh....Nanti diaorang denda lagi sakit... Yang lagi sakit bila dia suruh kami habiskan makanan dalam talam tu....Payah2x...Rasa nak terkeluar makanan yang aku makan tadi...Mana taknye aku tengah diet tu.......Sia- sia la diet aku nanti....

Kayak

Kami semua akan berkayak mengelilingi Pulau Kapas...Sebelum bertolak kami semua membawa bekal agar dapat mengalas perut..Setelah itu kami berkumpul beramai- ramai dan membuat senamrobik bagi mengelakkan kekejangan sewaktu berkayak nanti...
Setelah itu, kami pun berkayaklah beramai- ramai merentasi Pulau Kapas itu...Lenguh jugak tangan ni bila berkayak jauh- jauh dalam cuaca yang panas terik...Maklum la tak biasa...Tapi walau camne pun kayuhan mesti diteruskan...Nanti ketingglan plak..Kami sepakat memilih berkayak melawan arus diawal berkayak kerana energy masih kuat sebab baru lepas sarapan...Setelah lama berkayak sampai la kami di sebuah Teluk. Dimana kami berhenti di teluk itu dan buat snockling beramai- ramai.
Selepas itu, kami pun berkayak semula dan berhenti di sebuah pulau lain iaitu Pulau Gemia kalau tak salah aku...Letih tu kayak lama- lama...Kami pun berehat pula di Pulau itu...Pemandangan kat Pulau tu pun cantik gak...
Time tengah duduk berehat adalah la sorang member ni terjumpa gamat...Memang bertambah la gamat suasana sebab ramai yang geli yang gamat rupanya...Termasuk la aku...
Mana taknye...gamat tu hitam dan licin cam belut....Tapi yang kelakar bila ada yang suka mengusik member lain dengan gamat tu...Gelihati pun ada bila tengok gelagat mereka...
Setelah itu, kami pun berkayak untuk balik semula ke camp site...
Dan inilah saat yang paling mendebarkan...
Apa lagi kena buat capsize la ....
Kami kena buat capsize beramai- ramai dalam masa yang ditetapkan...Disebabkan ada rakan kami yang tak sempat naik semula ke kayaknya dalam masa yang ditetapkan...
Terpaksalah kami buat capsize sekali lagi...
Nak dijadikan cerita..
Masa buat capsize yang kedua, aku dan partnerku dapat naik semula...Tapi tetiba je...aku tak dapat mengimbangkan diri dan ter'capsize' sekali lagi dengan sendirinye...Yang mengerunkan bila masa yang diberi makin hampir....Nasib la ada kawan dari kayak lain yang sudi memberi pertolongan dalam membantu aku naik semula ke kayak...Alhamdulillah..
Kalau tak...habis la....Kena capsize lagi...

Survival


Group aku terdiri dari aku sendiri, Rosmawati, Roni dan En Harun. Kami berempat ni memang sempoi habis..
Masa time survival kami hanya dibekalkan dengan sedikit beras, 2 biji telor, garam, serbuk kopi, serbuk teh, sebiji kentang, 2 botol air mineral, kain kanves dan safety jaket.
Kami berempat hanya baleh bawak kain anduh sorang satu, sebilah parang dan satu lampu suluh. Barangan lain semuanya diharamkan...
Nak dijadikan cerita...
Kumpulan kami diletakkan paling jauh dari kumpulan lain dan diletakkan di kawasan kaki bukit bercerun...
Bila sampai je tempat tu....Kami pun berbincang apa yang harus dibuat...
Akhirnya kata sepakat dibuat...
Cam biasa la cari kayu api dan tebas la sikit semak samun yang ada... Dan nyalakan unggun api...
Pastu...
Kami berpakat membentangkan kain kanves untuk lapik tidur..Masa tu kami fikir biar tidur selesa walaupun tidak beratap..Sebab hari tak hujan...
Pastu...
Kami pun menggoreng kentang tanpa minyak dan memasak nasi...Ingatkan nak makan malam nanti...Selalunya kalau kat rumah aku akan pastikan beras yang hendak dimasak dicuci sebersihnya...tapi dalam kes ni terpaksa la jimat air..Masak nasi tak basuh beras...Kembang tekak..Tahan je la...
Lepas nasi dan kentang masak....
Kami pun terlena...Letih punya pasal maklum la seharian kami semua berkayak...Letih tu...
Keesokkan harinya baru la kami makan...Tapi sebelum tu kami rebus telor untuk dimakan bersama nasi dan kentang Dan yang paling mengembangkan tekak ku bila air rebusan telor tadi kami buat air kopi..
Geli memang geli...
Apa nak buat telan je la...
Sebab perut dah lapar..

Snorkelling




Inilah kali pengalaman pertamaku buat snockling..Mula tu rasa takut pun ada..tapi teringin gak nak cuba ...Macam best je bunyinye...Lepas je En Hisyam terangkan alatan dan cara pemakaian alatan snockling..
Apa lagi aku pun cuba la...Rasa teruja sangat sebab bukan selalu dapat peluang yang best cam ni...Aku snockling ngan buddy aku Yus...Kami buat snockling bersama...Memang best la...Dapat tengok dasar laut...Rasa macam nak je pegang ikan yang cantik-cantik tu...Selama ni aku selalu tengok ikan yang cantik- cantik kat television je...Tapi ni real punya...Memang best giler...Rasa macam tak puas je buat snockling tu...Rasa macam nak buat snockling lagi...Tapi apa nak buat...Orang lain pun nak rasa buat snockling bukan aku sorang je...Apa pun memang enjoy habis la...

Pening Memikirkan

Bila teringatkan lagu HAI LEMAK MANIS ni rasa geli hati pun ada.
Mana taknye...Group aku hari tu sampai dah naik fed-up berpantun untuk meneka siapakah gerangan
"orangnya hensem tapi bila marah garang orangye"...
Puas la kami teka semua nama lecturer dan facilitator yang ada masa kat Pulau Kapas tu...
Rupanye gerangan empunya diri ialah En Hafiz Hadran...
Huh...Akhirnye dapat jugak kami teka setelah sekian lama...

Lemak Manis

Sopan santun anak melayu...
Senyum terukir...
Senyum terukir bila disapa....
Dalam pantun....
Ku kirim rindu...
Rindu mengalir...
Didalam kata...

Lemak manis.....alah amboi2x.....
santan kelapa.... alah amboi2x..
Kupandanglah manis... ala amboi2x...
anak siapa.........

Lemak manis.....alah amboi2x.....
santan kelapa.... alah amboi2x..
Kupandanglah manis... ala amboi2x...
anak siapa.........

Pohan sena...
Pohon meranti...
Ditengah2x...
Ditengah2x...
Buluh Perindu...

Adik disana...
Abg disini...
Ditengah2x...
Ditengah2x...
Rindu menderu...

Lemak manis.....alah amboi2x.....
santan kelapa.... alah amboi2x..
Kupandanglah manis... ala amboi2x...
anak siapa.........

Lemak manis.....alah amboi2x.....
santan kelapa.... alah amboi2x..
Kupandanglah manis... ala amboi2x...
anak siapa.........

Hujan dihulu...
Tak reda2x...
Ribut lah turun...
Ribut lah turun...
Bertalu- talu...
Abg di hulu
Adik di kuala
Kuhanyut rindu
Kuhanyut rindu
Dalam perahu

Lemak manis.....alah amboi2x.....
santan kelapa.... alah amboi2x..
Kupandanglah manis... ala amboi2x...
anak siapa.........

Lemak manis.....alah amboi2x.....
santan kelapa.... alah amboi2x..
Kupandanglah manis... ala amboi2x...
anak siapa.........

Mendengarkan lagu lemak manis ni...Membuatkan aku teringat kat perkhemahan di Pulau Kapas...
Mulanya aku rasa risau jugak la kalau tugasan yang diberikan tak mampu aku buat..
Tapi tak sangka la pulak aku berjaya jugak harungi setiap tugasan yang diberi bersama ahli kumpulanku yang lain...
Memang best la perkhemahan ini...Enjoyy...habis....

Ahad, 12 Julai 2009

Hari Pertama Di Kelas SPS 133

Hari ni 12 Julai 2009 adalah hari pertamaku di kelas sps133. Belajar subjek Outdoor Recreation. En Hisyam Che Mat adalah pensyarahku... Hari ni aku bersama kawan-kawanku diajar untuk membuat blog sendiri. Terkulat-kulat jugak dibuatnya. Mujur En Hisyam banyak membantu. Bestnye ...dah ada blog sendiri...