Selasa, 27 Oktober 2009

Ujian Knotting

Pada 10 Oktober 09 yang lalu, En Hisyam telah memaklumkan pada kami, akan diadakan Amali Low Ropes Course bersama pelajar PLK-PDRM bertempat di padang belakang kolam renang Uitm Shah Alam. Seperti biasa aku bersama rakan-rakan Epjj yang lain telah menghadirkan diri pada hari itu. Sesampai sahaja kami di sana, kami telah diminta untuk mempraktikkan teknik-teknik ikatan tali yang pernah diajarkan sewaktu di kelas dan di Pulau Kapas. Kelam kabut juga aku dibuatnya, kerana aku tidak tahu yang kami semua akan menjalani ujian ikatan tali pada pagi itu. Aku ingatkan kami hanya akan melakukan aktiviti low rope course sahaja. Kami bekerjasama dalam menunjuk - ajar dan mempraktikkan ikatan yang telah diajar bersama- sama.
Setelah itu, kami nama kami dipanggil mengikut kumpulan. Berdebar- debar rasanya bila kami diminta membuat ikatan tali dihadapan rakan- rakan PLK- PDRM yang lain.
Kini, tibalah masanya...
Kami telah diminta untuk membuat beberapa jenis ikatan tali dalam masa yang telah ditetapkan. Selesai membuat ikatan tali, kami perlu mencampakkan tali itu ke bawah untuk diperiksa oleh pemeriksa dan diberi markah.
Keadaan menjadi kelam kabut pada ketika itu, kerana masing-masing mengejar masa yang diberikan agar tidak terlambat. Ada juga dikalangan kami yang tidak sempat langsung membuat ikatan dan masih terkial-kial mencari teknik yang betul.
Alhamdulillah, aku mampu membuat ikatan tali seperti yang disuruh walaupun ada juga jenis ikatan tali yang masih aku tidak dapat lakukan kerana lupa bagaimana teknik ikatan tali itu dibuat.
Selepas ujian ikatan tali selesai, kami semua diarahkan pergi ke padang bukit yang berdekatan dengan kolam renang untuk mengikuti amali Low Ropes Course.

Tiada ulasan: