Sabtu, 12 September 2009

Majlis berbuka puasa





Pada 5 September 2009 yang lepas, pejabat aku mengadakan jamuan berbuka puasa di pejabat. Jamuan berbuka puasa kali ini diadakan di dalam pejabat bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staff dan ahli keluarga staff yang lain. Tapi majlis kali ini berbeza dengan majlis yang diadakan sebelum ini dimana kami bersama- sama makan bersila di atas lantai yang berlapikkan tikar. Di sini semua staff dan keluarga, tidak mengira pangkat dan darjat perlu duduk bersila beramai- ramai. Tapi yang paling best pengarah kami dan keluarganya pun join duduk bersila bersama. Memang sporting habis...
Makanan yang disedikan juga memang menyelerakan...masakan ala- ala kampung ditambah pula dengan sambal belacan, kerabu mangga dan ulam- ulaman. Memang membuka selera...
Selepas itu kami mengadakan solat terawikh bersama- sama..

Tiada ulasan: