Selasa, 27 Oktober 2009

Amali Abseiling





Amali abseiling ini diadakan pada seminar terakhir bagi pelajar Epjj di Bangunan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Amali ini hanya khusus bagi pelajar Epjj yang tidak dapat menghadirkan diri melakukan abseiling pada sesi amali abseiling sebelum ini. Terima kasih pada En Hisyam kerana memberi kami peluang untuk melakukan amali abseiling ini.
Walaupun amali abseiling ini, tidaklah setinggi dan mencabar seperti yang telah dilakukan oleh rakan- rakan lain iaitu setinggi 11 tinggkat, namun aku tetap berpuas hati kerana dapat melakukan aktiviti ini. Bukan semua orang dapat merasai pengalaman seperti ini..
Ini bukanlah kali pertama aku melakukan aktiviti seperti ini, tetapi perasaan gayat itu tetap ada.
Bila tiba giliranku melakukan aktiviti ini, aku mula rasa berdebar- debar...
Setelah segala alat kelengkapan telah dipakai, aku mula melangkah ke tepi balkoni bangunan untuk melakukan aktiviti abseiling ini...
Masa inilah, aku rasa macam nak panjat naik semula ke balkoni bangunan...
Memang la nampak dari bawah macam tak la tinggi sangat tapi aku ni memang jenis takut tinggi..
Tapi aku cuba lawan perasaan itu kerana aku sememangnya ingin melakukan aktiviti ini. Rugilah kalau aku tidak melakukan aktiviti ini bersama rakan yang lain...
Akhirnya, aku nekad melakukan aktiviti ini..
Masa buat aktiviti ini, hanya satu je yang terdetik dihatiku..
Cepatla sampai ke bawah...
Gayatnyer...
Bila nak sampai bawah ni...
Akhirnya, aku sampai ke bawah juga...
Huh!!! Leganya...
Bila dah sampai bawah, rasa nak buat lagi aktiviti ini..
Sebab mungkin tadi aku gementar sangat kot...
Apapun, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, aku dan rakan yang lain selamat melakukan aktiviti ini..

Tiada ulasan: