Selasa, 27 Oktober 2009

Ujian Bertulis



Pada 4 Oktober 2009 yang lalu, kami telah diberitahu oleh En Hisyam, yang ujian bertulis akan diadakan untuk persediaan menjawab soalan- soalan pada peperiksaan akhir nanti..
Hari itu merupakan seminar terakhir kami...
Kelas bermula agak lewat iaitu pada jam 10.30 pagi..
Hari itu, En Hisyam telah menerangkan pada kami serba sedikit tentang aktiviti abseiling dan peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti abseiling ini.
Antara alatan yang perlu digunakan untuk aktiviti ini, ialah;
1. Kernmantle ropes
2. Harness
3. Carabiner
4. Quickdraw
5. Figure 8
6. Helmet
7. Slings
8. Ascenders
9. Rope Bag
10. Chalk Bag
Sesekali en Hisyam menunjukkan kami gambar- gambar pelajar yang telah melakukan abseiling di menara Uitm setinggi 11 tingkat..
Terdetik dihati, ruginya aku kerana tidak dapat bersama rakan- rakan lain dalam melakukan aktiviti ini..
Selepas itu, kami diberikan masa untuk menjawab soalan ujian yang diberikan dengan tenang walhal kami masih belum bersedia dengan ilmu didada..
Walau bagaimanapun kami mampu menjawab soalan tersebut dengan tenang.
Selepas ujian bertulis itu selesai, kami akan melakukan aktiviti abseiling...
Tak sabar rasanya untuk melakukan aktiviti ini..

Tiada ulasan: