Pada 24/10/2009 yang lalu, satu amali flying fox telah diadakan di padang belakang kolam renang Uitm Shah Alam. Bila diberitahu akan adanya amali flying fox ini, aku amat teruja sekali. Walhal pada tarikh itu, aku terpaksa balik ke kampung suamiku kerana ada kenduri doa selamat.Tapi oleh kerana semangat yang berkobar- kobar, aku minta kebenaran daripada suamiku untuk balik ke kampung selepas amali flying fox ini dilakukan.
Pagi itu, aku datang agak lewat sedikit kerana terpaksa menyiapkan anak- anak dan mengemas barang- barang untuk balik ke kampung. Suamiku menghantar aku ke sana dan kemudiannya dia bersama anak- anakku pergi bersarapan. Sesampainya aku di sana, aku melihat rakan- rakan lelaki, sibuk bekerjasama mengikat tali setegang- tegagnya pada pokok untuk persediaan aktiviti flying fox ini. Setelah agak lama menunggu, kerja- kerja megikat tali pada pokok selesai.
Selepas itu, salah seorang pelajar perempuan sepenuh masa menunjukkan demo untuk flying fox itu. Wow..lajunya pergerakkan pelajar itu dan sedikit berpusing apabila terkena tali brek. Setelah itu, seorang demi seorang melakukan flying fox ini. Makin lama aku melihat aksi rakan- rakan yang lain melakukan aktiviti ini, semakin berdegup kencang jantungku...
Tiba- tiba suamiku menelefon, aku mengajaknya dan anak- anak untuk melihat aksiku melakukan aktiviti flying fox ini. Setelah mereka sampai, aku menunggu giliran untuk mengambil alat kelengkapan untuk aktiviti flying fox itu. Setelah itu, aku pun naik ke atas bukit, dimana aktiviti flying fox ini dilakukan.
Kini tibalah giliranku melakukan aktiviti ini...
Bila segala alat kelengkapan untuk flying fox ini telah terpasang, hatiku mula berdegup kencang.
Mak oii...
Tinggi jugak...Ingatkan tidak la tinggi sangat. Rasa ingin saja aku turun semula ke bawah kerana terlalu gayat. Perassan gayat ini memeng tak pernah hilang, walhal aktiviti ini pernah aku lakukan sebelum ini... Cuma tempatnya saja berbeza.
Tapi aku nekad ALANG- ALANG AKU DAH DATANG, BAIK AKU LAKUKAN AKTIVITI INI DARI MENYERAH KALAH TANPA MENCUBA...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim...
Aku meluncur laju...
Tetiba kakiku terkena tunggul kayu. Aku terlupa nak angkat kaki, sebab terlalu takut dan gayat...
Sepantas kilat aku meluncur laju, dan taliku sedikit berpusing apabila terkena tali brek. Dan akhirnya aku selesai melakukan aktiviti ini.
Aduh, sakitnya kakiku...Baru terasa sakit bila aku selesai ke melakukan aktiviti ini...
Masa tu, terdetik dihati "Habis la, patah la kakiku"..
Aku cuba berjalan, nasib la masih boleh berjalan. Kini hatiku rasa lega sedikit, bila aku mampu berjalan.
Sesampai saja di bawah, anakku bertanyakan padaku, kenapa mummy tak angkat kaki tadi???
Aku tersenyum, pandai la pulak anakku tanyakan soalan ini padaku..
Selepas itu, aku meminta kebenaran pada En. Hisyam untuk terus balik ke kampung.
Sempat juga En. Hisyam bertanyakan keadaan kakiku... Sememangnya En Hisyam seorang pensyarah yang prihatin tentang keselamatan pelajar- pelajarnya. Aku menjawab, saya rasa sakit sikit je..Tak de apa yang perlu dirisaukan...
Tapi betul la cakap En. Hisyam nanti malam kaki tu baru rasa sakit..
Bila malam menjelma kakiku mula bengkak dan kemerahan...
Makin aku berjalan makin sakit. Terpaksalah aku berehat di dalam bilik. Nasib la mak aku pun datang kenduri itu. Dia la yang mengurutkan kakiku..
Kini kakiku makin pulih...
Aku boleh berjalan seperti biasa cuma sesekali masih terasa sakit..
Tapi alhamdullillah, aku masih selamat...
Dan kenangan ini sememangnya tidak akan aku lupakan sampai bila- bila...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan