Isnin, 31 Ogos 2009

Navigation@ Orienteering@Jungle Trekking





Bila tahu je semester ini aku ambil subjek outdoor rekreation, aku dah buat persiapan awal pergi gym untuk tambahkan stamina, ye la takut pancit.. Nanti kena potong markah.. Sebab sebelum ini aku pernah tanya senior, best ke final camp yang diorang pergi sebelum ini? Diaorang kata teruk kena lanyak tapi best...Takutnye bila aku dengar macam tu...
Sewaktu di awal kuliah pertama,kami diberitahu oleh En Hisyam yang kami akan bersama dengan pelajar Degree sepenuh masa dan pelajar PDRM-PLK ke Pulau Kapas. Ini membuatkan aku lebih gerun... Masa itu, aku bayangkan yang diorang mesti dah biasa dengan aktiviti lasak. Maklumlah aku ni dah lama tak buat aktiviti lasak sejak berumahtangga dan ada anak. Ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk pergi ke gym kerana tidak mahu ketinggalan dalam melakukan aktiviti lasak yang jarang sekali aku buat...
Kini tibalah masanya untuk aktiviti jungle trekking@navigation@orienteering...
Selepas saja bersarapan, kami semua berkumpul di Khemah Pusat untuk taklimat jungle Trekking@Navigation@Orieentering oleh En Hisyam. Kami diajar cara menggunakan peta dan kompas dengan betul. Selepas itu kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Dimana kumpulan aku digabungkan dengan kumpulan 5. Aku bersama ahli kumpulan 6 yang terdiri daripada aku sendiri, Rosmawati, Rino dan En. Haron. Dan ahli kumpulan 5 yang terdiri daripada Azlina@joe, Redzuan,kak Zallina Rasol dan Liza. Kami diiringi oleh seorang fasilitator muda iaitu En Raziff@boy. Pada mulanya, kak Ina menyuruh Liza berehat di khemah kerana dia ada penyakit darah tinggi. Tapi Liza tetap berkeras mahu mengikut kami untuk aktiviti ini..
Sebelum memulakan aktiviti ini, kumpulan kami melakukan sedikit senaman ringan bagi mengelakkan kekejangan sewaktu berada di dalam hutan nanti.
Kami diberikan peta Pulau Kapas dan kompas serta dibekalkan dengan nasi goreng, roti dan air mineral untuk mengalas perut...Mana la tahu, takut lama sangat kami berada dalam hutan sebab banyak check point yang perlu kami cari...
Kami bertolak dari starting point pada jam 9.45 pagi. Check point kami yang pertama ialah ke Pulau Dedap. Check point pertama kami telah kami temui. Check point ke 2 ialah dari Pulau Dedap kami ke Pasir Panjang. Setelah check point ke 2 ditemui,kami menuju ke check ke 3 iaitu menuju ke Puncak 105. Masa itulah, segalanya bermula... Berbagai halangan yang kami perlu tempuhi. Kumpulan kami, terpaksa membuka trek sendiri untuk ke Puncak 105. Makin lama makin tinggi kami laluan kami. Sesekali aku pandang ke bawah...Gayatnya...Rasa macam nak turun balik...Mana tidaknya, kami terpaksa memanjat bukit yang tinggi dan curam serta perlu meredah hutan yang tebal. Nasib la kumpulan kami terdiri daripada Rino yang memang sudah biasa dengan keadaan hutan yang merupakan orang kuat kumpulan kami,Azlina@joe daripada unit UTK yang memang lasak orangnya serta Redzuan yang turut sama menjadi orang barisan hadapan yang bertidak menebas semak- samun untuk membuka trek... Sedang kami memanjat bukit yang tinggi lagi curam, tetiba Ros terpegang batang pokok yang sudah reput,dan menyebabkan batang pokok itu mengenai tangan aku... Nasib baik aku sempat menepis..Kalau tidak, dengan aku sekali tergolek ke bawah...Nasib la masa kat sekolah dulu aku pernah masuk silat... Bab tepis- tepis ini memang sudah biasa...
Tapi yang bagusye kumpulan aku ini, masing- masing bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dan yang paling penting tak tinggal kawan...Melihatkan aku membawa beg galas yang berat diisi bekalan kami, Redzuan menawarkan diri untuk membawa beg aku yang berat tadi... Ingatkan tak ada orang yang perasan beg aku berat... Alhamdulillah, ada yang prihatin...
Dalam hati aku tersenyum sendiri...tak sangka aku boleh panjat bukit yang tinggi dan melalui kawasan yang curam serta licin, yang sebelum ini aku sangkakan aku tak mampu dan takut untuk lakukan.... Huh! Kira berbaloilah la aku pergi gym sebelum ini, sebab stamina aku dah ada... Kalau tak,mahu semput jugak aku dibuatnya...
Akhirnya, sampai juga ke Puncak 105.
Setelah itu kami berehat seketika untuk mengalas perut...
Selepas itu, kami bertolak ke Teluk Berakit...Dalam perjalanan ke Teluk berakit, tetiba kasut En Haron tercabut tapak. Kesian dia... Perjalanan masih jauh..Nasib la dia gunakan tali kasut untuk ikat tapak kasutnya. Boleh la dia meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Sepanjang perjalanan, berbagai benda yang kami temui antaranya ulat gonggok yang besar,ular yang asyik memerhatikan kami. Nasib la Rino berani menghalau ular itu jauh sikit dari tempat laluan kami. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan itu, kami terjumpa pula dengan pokok cempedak yang mempunyai buah yang sudah masak. Wangi sungguh bau buah cempedak yang sudah masak itu. Pada mulanya Rino hendak ambil buah itu,untuk dimakan beramai- ramai tetapi ditegah oleh En Haron. Selain itu, kami juga terjumpa sebatang pokok kelapa, sebatang pokok manggis dan sebatang pokok sentul. Rasa macam berada dalam dusun, macam- macam buah ada.Tapi takut la nak ambil dan makan...
Akhirnya kami sampai ke Teluk Berakit. Cantiknye pemandangan di situ. Sedang kami berehat,tiba- tiba kami ternampak pokok yang buahnya seakan tanglong cina. Pelik tapi benar... ini lah kali pertama aku melihat pokok ini. Agaknya, oran cina mengambil ilham membuat tanglong daripada buah pokok ini. Setelah 15 minit berehat, kami meneruskan perjalanan ke check point seterusnya iaitu ke jeti.
Dalam perjalanan ke jeti, tetiba kak ina terjatuh.. Bedebuk..Kesian dia...Walaupun dah terjatuh dan kaki melecet tapi masih bersemangat meneruskan perjalanan.
Akhirnya, kami sampai ke jeti. Selepas itu, kami semua pulang semula ke camp site. Kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir samapai ke camp site, tetapi kumpulan kami adalah kumpulan yang berjaya menjumpai hampir ke semua check point yang perlu dicari kecuali rumah api. Ini kerana kami perlu menjimatkan masa disebabkan kami ada aktiviti water confidence pada sesi petang nanti...
Alhamdulillah... Berkat doa kami semua...akhirnya kami selamat sampai ke camp site, walaupun ada yang tercedera sedikit..

4 ulasan:

Chek Liena berkata...

Tahniah Ummi dan kengkawan...

aeriqincykyn berkata...

Terima kasih ina... Syukur Alhamdulillah kerana kita semua berjaya mengharungi setiap cabaran yang diberikan..

REDZUAN berkata...

ummi.. seronok plak baca cite hang ni.. Teringat balik masa kita semua kena lanyak kat sana.. ha ha

aeriqincykyn berkata...

ye...memang best...
Masa ni la kita dapat lihat kerjasama antara kawan- kawan dalam kumpulan kita..
Kumpulan kita memang best...semua tolong- menolong...Tak de yang pentingkan diri sendiri...
Memang enjoy habis...
Tq abg wan sebab banyak membantu masa buat aktiviti ini...
Jasamu dikenang...