Isnin, 31 Ogos 2009

water confidence





Selepas selesai melakukan aktiviti jungle trekking@ navigation @ orienteering, kami diminta berkumpul mengikut kumpulan untuk melakukan aktiviti water confidence..
Water confidence!!!
Takutnyer...
Kami dibawa ke tengah laut dan disuruh untuk terjun ke laut seorang demi seorang dengan memakai PFD...
Mak oii...
Takutnyer... Dah la aku ni tak pandai berenang...
Ini kan pula, disuruh berenang dari tengah laut menuju semula ke Camp site...
Kami ditinggalkan agak jauh antara satu sama lain dan kami perlu mencari ahli kumpulan kami untuk sama- sama berenang ke camp site...
Camner ni...
Aku risau sangat, kalau- kalau aku berenang tapi masih tak juga sampai ke camp site...
Mula- mula kawanku Ros disuruh terjun ke laut..
Kini giliran aku pula kena terjun ke laut...
Walaupun takut, aku terjun juga ke laut...
Ala takut...Tak pandai berenang...
Hanya itu yang terkeluar dari mulutku..
Selepas itu rino dan en harun pula terjun ke laut...
Aku tercungap- cungap la jugak...
Sesekali aku tertelan juga air laut yang masin itu..
Nasib baik la kawan- kawan dalam kumpulanku sering memberikan kata- kata semangat dan tunjuk ajar padaku untuk terus berenang bersama- sama mereka...
Dengan kata- kata semangat itulah akhirnya aku mampu berenang bersama kawan- kawan dalam kumpulanku untuk sampai semula ke camp site..
Terima kasih kawan- kawanku sekelian...
Inilah kenangan pertamaku ditinggalkan di tengah laut...
Bila dikenang kembali rasa lucu dan seronok pula...
Yang penting enjoy...

Tiada ulasan: