Ahad, 23 Ogos 2009

Kayak

Kami semua akan berkayak mengelilingi Pulau Kapas...Sebelum bertolak kami semua membawa bekal agar dapat mengalas perut..Setelah itu kami berkumpul beramai- ramai dan membuat senamrobik bagi mengelakkan kekejangan sewaktu berkayak nanti...
Setelah itu, kami pun berkayaklah beramai- ramai merentasi Pulau Kapas itu...Lenguh jugak tangan ni bila berkayak jauh- jauh dalam cuaca yang panas terik...Maklum la tak biasa...Tapi walau camne pun kayuhan mesti diteruskan...Nanti ketingglan plak..Kami sepakat memilih berkayak melawan arus diawal berkayak kerana energy masih kuat sebab baru lepas sarapan...Setelah lama berkayak sampai la kami di sebuah Teluk. Dimana kami berhenti di teluk itu dan buat snockling beramai- ramai.
Selepas itu, kami pun berkayak semula dan berhenti di sebuah pulau lain iaitu Pulau Gemia kalau tak salah aku...Letih tu kayak lama- lama...Kami pun berehat pula di Pulau itu...Pemandangan kat Pulau tu pun cantik gak...
Time tengah duduk berehat adalah la sorang member ni terjumpa gamat...Memang bertambah la gamat suasana sebab ramai yang geli yang gamat rupanya...Termasuk la aku...
Mana taknye...gamat tu hitam dan licin cam belut....Tapi yang kelakar bila ada yang suka mengusik member lain dengan gamat tu...Gelihati pun ada bila tengok gelagat mereka...
Setelah itu, kami pun berkayak untuk balik semula ke camp site...
Dan inilah saat yang paling mendebarkan...
Apa lagi kena buat capsize la ....
Kami kena buat capsize beramai- ramai dalam masa yang ditetapkan...Disebabkan ada rakan kami yang tak sempat naik semula ke kayaknya dalam masa yang ditetapkan...
Terpaksalah kami buat capsize sekali lagi...
Nak dijadikan cerita..
Masa buat capsize yang kedua, aku dan partnerku dapat naik semula...Tapi tetiba je...aku tak dapat mengimbangkan diri dan ter'capsize' sekali lagi dengan sendirinye...Yang mengerunkan bila masa yang diberi makin hampir....Nasib la ada kawan dari kayak lain yang sudi memberi pertolongan dalam membantu aku naik semula ke kayak...Alhamdulillah..
Kalau tak...habis la....Kena capsize lagi...

Tiada ulasan: