Jumaat, 28 Ogos 2009

Berkayak Di Tasik Shah Alam


Pada 8 Ogos 09 ,hari Sabtu yang. Kami pelajar E-pjj telah dimaklumkan oleh En. Hisyam bahawa kami akan bersama dengan pelajar PDRM- PLK dalam latihan amali kayak. Bila dengar ada amali kayak....teringat kembali masa aku kursus di Kem Bina Semangat,Ampang Pecah,Kuala Kubu Baru,Hulu Selangor.Kursus itu adalah wajib untuk pengesahan jawatan.Itu pun 8 tahun yang lalu. Masa tu kali pertama aku berkayak. Tak sangka pula dapat peluang berkayak lagi. Best betul...
Masa aku berkayak dulu, aku selamat dari kena capsize..
Tapi kali ni semua orang kena buat capsize..
Bila tengok orang lain kena capsize macam senag je buat...
Tapi bila sendiri kena buat capsize baru la aku tahu susahnye nak naik balik ke dalam kayak...
Ha... Sekarang tiba la giliran aku dan kawanku Ina...
Masa buat capsize tu aku terlajak jauh dari kayak...
Rasa macam nak menangis pun ada bila aku terlajak jauh dari kayak...
Dah la aku ni tak pandai berenang... Sebab aku tak masuk lagi kelas "swimming" lagi.. Hanya budak lelaki je yang dah masuk kelas "swimming"..
Aku makin panik..
Camne nak pegi ke kayak aku ni...Jauh sangat...Nak berenang tak pandai...
Bukan setakat tertelan air tasik, rasanya macam dah terminum banyak air tasik masa hari tu... Nasib la perut aku tak kembung sebab banyak sangat air tasik aku tertelan... Paling sakit bila air tasik masuk dalam telinga aku... lagi la aku panik...
Nasib la ada 2 orang pelajar PDRM-PLK yang nak membantu...
Itu pun ditegah oleh Instructor yang mengatakan kami baru hendak belajar, jadi biarlah kami cuba naik sendiri dulu tanpa bantuan. Tetapi apabila melihat kami agak kelam kabut ketika itu, dengan kayak yang sudah penuh dengan air kerana lambat angkat. Ini membuatkan instractor tadi akhirnya datang membantu kami membuang air yang ada dalam kayak kami. Akhirnya berjaya juga naik ke atas kayak. Terima kasih kepada mereka yang datang membantu. Setelah semuanya melakukan capsize kami diminta sekali lagi membuat rafting untuk sesi perpindahan pasangan dari satu kayak kepada kayak yang lain.
Aduh!! Aku antara orang yang kena pindah kayak. Dah la rasa kecut perut tadi tak hilang lagi.. Kena tukar kayak pulak..Aku takut sangat time tu..Takut jatuh dalam tasik lagi... Camne nak naik nanti..
Tapi.. Alhamdulillah semuanya selamat. Lega rasanya...
Tapi bila aku teringat kembali kisah ini, rasa nak tergelak pun ada...
Ha..ha...

Tapi pengalaman ni la paling berharga untuk aku... Kalau saje- saje aku nak buat capsize ni tak de la...

2 ulasan:

Chek Liena berkata...

tahniah ummi kerana berjaya mengharungi cabaran berkayak hari tu...

aeriqincykyn berkata...

Tahniah untuk ina jugak...kerana kita berkayak bersama-sama.